ROGOL ADALAH ROGOL

ROGOL ADALAH ROGOL

Perogol selalu memberi alasan tetapi jangan tertipu dengan mereka. Jika ianya tanpa kebenaran mangsa, ia adalah rogol. Jika ianya bawah 16 tahun, walaupun dengan persetujuan, ia adalah rogol.

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN JIKA DIROGOL?

Jangan cuci.

Jangan cuci.

Beritahu kepada orang yang anda percayai.

Beritahu kepada orang yang anda percayai.

Pergi ke hospital kerajaan terdekat dan buat laporan polis.

Pergi ke hospital kerajaan terdekat dan buat laporan polis.

BELAJAR LAGI

MENCARI STESEN BANTUAN?

LIHAT SENARAI PENUH

ROGOL DI MALAYSIA

Secara purata, terdapat 3000 kes rogol dilaporkan setiap tahun di Malaysia.

Tetapi adakah anda tahu?

Woman-Icon

Hanya 2 daripada 10 kes yang dilaporkan.

Dengan kata lain,

Setiap  Watch-Icon 35 minit,

1 wanita dirogol di sesuatu tempat di Malaysia.

Belajar Lagi

MENGENAI KAMI

Ini adalah suatu inisiatif bersama antara Pusat Khidmat ADUN Damansara Utama dan All Women Action Society (AWAM) untuk meningkatkan kesedaran berkaitan rogol di Malaysia. Pada awal tahun 2015, YB Yeo Bee Yin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, menyedari bahawa masyarakat masih mempunyai sifat tidak ambil tahu mengenai isu rogol walaupun ia sedang berleluasa di Malaysia. Rogol masih merupakan sebuah topik yang sukar dibincang di dalam kebanyakan segmen dalam masyarakat Malaysia. Akibatnya, mangsa rogol dan juga yang terselamat menjadi lemah dan lesu serta tidak bersuara. Oleh itu, YB Yeo menjemput AWAM, yang merupakan sebuah NGO wanita yang berpengalaman dan sangat dihormati, untuk bergabung bersama dengan beliau bagi menjalankan suatu kempen media sosial bagi meningkatkan kesedaran tentang rogol dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada April 2015, mereka menjalankan kempen bersama yang pertama iaitu “Rogol adalah rogol”. Melihat kepada keberkesanan media sosial dalam meningkatkan kesedaran, tahun ini mereka sekali lagi menjalankan kempen baru yang dinamakan “Kempen Jangan Salahkan Mangsa”. Melalui inisiatif ini, mereka telah melancarkan suatu laman web iaitu www.antirogol.com untuk menyediakan kandungan digital yang lebih berstruktur untuk rujukan yang mudah bagi mangsa rogol, mangsa yang terselamat, keluarga dan aktivis di Malaysia. Inisiatif ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui peruntukan kepada pejabat YB Yeo.

Pusat Khidmat ADUN Damansara Utama
55M, Jalan SS21/1A, Damansara Utama, 47400 PJ, Selangor.

AWAM Centre
85, Jalan 21/1, Sea Park, 46300 PJ, Selangor.

Perlukan bantuan? Hubungi AWAM

AWAM menyediakan perkhidmatan kaunseling percuma dan informasi undang-undang bagi sesiapa yang menghadapi masalah keganasan gender. Jika anda, atau seseorang yang anda kenali, sedang atau telah menjadi subjek kepada serangan atau gangguan seksual, keganasan rumah tangga, penderaan, atau apa sahaja bentuk diskriminasi kerana gender mereka, hubungi kami di talian 03-7877 0224.

Anda juga boleh menghantar email kepada kami melalui borang di bawah untuk melaporkan kes atau meminta bantuan. Sila berikan kami alamat email atau nombor telefon untuk menghubungi anda. Jika anda mempunyai waktu yang tertentu untuk kami hubungi, sila nyatakan sekali maklumat tersebut.

NAMA (diwajibkan)

EMEL (diwajibkan)

PERKARA

MESEJ